October 27, 2013

tepu. lesu. bisu

aku sudah tidak bisa bicara
aku sudah tidak bisa mengerti
apa ini semua permulaan yang baik
atau sebaliknya?
moga masih tersedia pintu-pintu
ya, pintu-pintu
pintu yang perlu ku lalui
untuk terus melangkah
teruskan hidup
teruskan pengalaman

January 5, 2013

Baru

semuanya seperti baru:


  1. tahun baru 2013
  2. baru tamat STPM
  3. baru jejaki peringkat umur 20-an
  4. baru terasa bebas dari sekolah
  5. mula cara hidup baru
  6. baru terasa ingin mencuba jalani alam pekerjaan 

November 8, 2012

tarikh keramat

 tanpa ku sedari masa memecut laju luar kawalanku, ini bukan mimpi tetapi kenyataan yang perluku harungi dengan penuh semangat. ya, sekarang bulan November dan sudah tiba tarikhnya untuk aku menduduki STPM. tiada pusingan U atau simpang lain untuk aku larikan diri. ini sudah ketentuan Illahi dan ini takdirnya. pasti ada hikmah disetiap langkah yang sudah ditetapkan oleh Allah swt. sebagai hamba-Nya aku kena lalui dengan besar hati. beryukur benar diri ini bila Allah tetapkan takdirku di jalan ini. 

Banyak pengalaman yang ku lalui sama ada yang baik mahupun buruk. semangat baru ku tempa setiap kali ku terkulat layu. dengan izin-Nya aku berjaya sampai di tarikh keramat ini. semestinya aku mengumpul senjata dan strategi sebagai bekalan. aku mengharap titipan doa setiap orang untuk aku mendapat keberkatan dalam pertempuran ini. semoga ianya berakhir dengan emas. Aamiin.


September 12, 2012

RAYA TRIAL TENSI

tak nak tulis banyak, sekarang aku baru habis Trial STPM 2012. lepas saja raya terus duduk ambil peperiksaan percubaan. gila tak gila lah tapi dah ditetapkan begitu aku redha. sekarang semua orang tensi pasal keputusan trial. tensi. Tensi. TENSI. sekarang nak menghadap STPM sebenar pula. Bismillah...


July 21, 2012

tusukan gementar

bukan senang untuk mengapai kejayaan dan memang suatu kenyataan bahawa sesuatu yang bermanfaat memang sukar untuk kita miliki. terutamanya sebuah kejayaan bila tiada usaha tiadalah kejayaan. tetapi diriku? masih dibelenggu perasaan malas malas malas malas! urghhh mengapa perasaan malas perlu ada dalam diri satu orang manusia!  yang merumitkan keadaan diriku yang sedia rumit ni pabila peperiksaan sudah menghampiriku. YA! ia sangat hampir dengan ku. tensi, kelam, serabut sudah mula menusuk nusuk minda dan hati ku. seperti cacing kepanasan agaknya ayat yang sesuai buat diriku. rasanya sungguh tak tergapai dek tangan ku kepada 4A yang dituntut oleh semua pihak. aku mulalah mengukur keupayaan ku dan setiap kali ukuran dibuat pasti diriku menjadi lemas dengan perasaan gementar yang menusuk setiap inci tubuh ku.

aku perlu mengejar kejayaan yang ku putuskan untuk dikejar dari mula ku menerima keputusan SPM. tapi sekarang sudah tinggal beberapa purnama sahaja lagi untuk aku menyiapkan senjata dan semangat yang perlu ku bawa bersamaku pabila tiba hari yang menjadi kayu ukur buat diriku. ya aku perlu bangkitkan semangat ini, perlu menyelaraskan tindak tanduk ku supaya tidak tergelincir dari landasan harapan yang aku bina sendiri.

For those who criticize you, forget them
For those who stare at you, forget them
For those who JUDGE YOU, Forget Them!



Blogger Widgets